Home >> Apa itu excess insurans kereta?

Apa itu excess insurans kereta?
APAKAH ITU “EXCESS CLAIM”?

Ramai yang tidak tahu kan? Di sini ada sedikit perkongsian mengenai “excess claim” atau mudah difahamkan PENALTY.
Excess ini adalah pembayaran awal yang perlu anda bayar apabila anda membuat tuntutan insurans ke atas insurans kenderaan anda (meskipun bukan salah anda).

Terdapat 2 jenis Excess Insurans:

1. Compulsory excess

Antara punca anda kena Compulsary Excess:

●Pemilik atau pemandu kenderaan bawah umur 21 tahun
●Pemegang Lesen P
●Pemandu berpengalaman kurang 2 tahun
●Polisi insurans/takaful tiada nama pemandu

Amaun Compulsory Excess yang dikenakan jenis ini hanya RM400 bagi setiap tuntutan insurans. Compulsory Excess tersebut adalah wajib. Mana-mana Syarikat Insurans Malaysia akan mengenakan Compulsory Excess sekiranya anda tergolong dalam ciri-ciri ini.

2. Voluntary excess

Jenis penalti dikenakan bagi Voluntary Excess (berubah mengikut situasi semasa). Kebiasaanya apabila

●Owner kenderaan berumur muda
●Kereta jenis high performance (Cth: Sport Car / Porsche / Volkswagen GTR)
●Kereta berisiko yang selalu hilang (Cth: Toyota Hilux)
●Usia kenderaan yang sudah lama

Berbeza dengan compulsory excess, Voluntary Excess ini berbeza-beza bergantung kepada Syarikat insurans. Ada Syarikat yang mengenakan voluntary excess, ada yang boleh elak tetapi bayaran harga insurans akan dinaikkan.

Voluntary Excess jenis ini tiada had amaun dan kebiasaan mengikut % sum insured kenderaan.

Pengecualian untuk excess wajib (waiver of excess) – All Driver Add On

Namun tahukah anda, sebenarnya terdapat syarikat insurans kereta yang menyediakan perlindungan tambahan untuk pengecualian excess wajib ini kepada pemegang polisi komprehensif (insurans kereta 1st party).

Dengan pengecualian excess wajib, ia akan membantu mengurangkan beban kewangan pemegang polisi di mana excess wajib ini akan ditolak daripada pembayaran tuntutan akhir anda.

Bayaran Premium bagi perlindungan tambahan bagi All Driver Add On hanyalah sekitar RM20 – RM50 sahaja untuk kereta persendirian bergantung kepada Syarikat insurans.

Kalau kereta anda kerap dibawa oleh orang ramai, jadi berbanding anda perlu membayar RM400 untuk excess wajib, anda disarankan untuk membeli perlindungan tambahan ini kerana ia sememangnya lebih menjimatkan.

**********************************************
Nak Renew Roadtax??? Dapatkan SEBUT HARGA PERCUMA anda sekarang:

📱Whatapps:012-4089393

GET FREE QUOTE


🏦Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah

🏦Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone : 04-7309393

🏦Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone : 04-4422393

🖥️Website: www.tkthank.com.my
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax